Ekonomi

Etiqa kembali ke Pulau Tioman untuk membiak terumbu karang

Etiqa General Takaful Berhad meningkatkan usaha kelestariannya dengan menilai projek terumbu karang angkatnya, dan membiakkan terumbu karang baharu di bawah Projek Pemeliharaan Marin Etiqa 2023.

Ekspedisi selama tiga hari ini melibatkan 30 orang sukarelawan daripada Etiqa, dengan kerjasama Kelab Legasi Selam Skuba Malaysia (Leges Divers) dan Pusat Penyelidikan Marin Universiti Kebangsaan Malaysia (EKOMAR) di Kampung Salang, Pulau Tioman dari 18 hingga 20 Ogos 2023.

Objektif utama Projek Pemeliharaan Marin Etiqa adalah untuk menghidupkan semula ekosistem marin tempatan dan memupuk kesedaran tentang keperluan memelihara ekosistem marin.

Tahun lalu, Etiqa memberi nafas baharu kepada 9 unit bingkai terumbu di Salang House Reef dengan memperkenalkan terumbu karang baharu daripada pelbagai spesies.

Ekosistem terumbu karang ini juga menjadi tempat perlindungan pelbagai jenis makhluk marin, termasuk ikan yu sirip hitam, penyu Hawksbill dan penyu hijau yang semakin terancam dan penting untuk keseimbangan
ekosistem tersebut.

Selain daripada pembiakan terumbu karang, Etiqa General Takaful Berhad turut menyumbangkan
RM19,000 dari Dana Amal Jariah mereka untuk kerja-kerja pembaikkan Surau Kampung Salang
yang melibatkan pemasangan permaidani baru, kipas kipas angin, dan sebuah alat pembersih
vakum (vacuum cleaner).

Bersama Leges Divers dan penduduk kampung, para sukarelawan Etiqa juga telah mengubah pusat maklumat kampung menjadi sebuah tempat tarikan foto yang menarik dengan melukis mural hidupan laut.

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa General Takaful Berhad (EGTB), Shahrul Azuan Mohamed, mengucapkan setinggi penghargaannya kepada sukarelawan dan rakan strategik yang menjayakan Projek Pemeliharaan Marin Etiqa 2023.

“Etiqa dengan bangganya menyokong usaha pemulihan terumbu karang di Pulau Tioman dan menceriakan  Kampung Salang.

“Usaha ini terlaksana berkat bimbingan daripada Leges Divers dan penduduk tempatan,” katanya.

Selain itu, program ini tidak hanya membantu menyegarkan biodiversiti marin, tetapi memberi keselesaan kepada masyarakat Muslim dengan memperbaik surau mereka juga. Program ini merupakan bukti komitmen Etiqa dalam merealisasikan misi korporatnya untuk Menjadikan Dunia Sebuah Tempat yang Lebih Baik, atau ‘Making the World a Better Place’, selaras dengan Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) dengan penekanan terhadap pemeliharaan alam sekitar dan kualiti sosial. – SM

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button