Ekonomi

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding Dolar AS

RINGGIT diniagakan secara amnya lebih tinggi berbanding Dolar AS pada pembukaan pagi ini (Isnin, 9 Januari 2023), berikutan data ekonomi AS yang lebih lemah direkodkan Jumaat lalu mencetuskan penurunan ketara dalam hasil Perbendaharaan AS, kata penganalisis.

Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan naik 185 mata asas kepada 4.3820/3860 berbanding Dolar AS daripada penutup Jumaat lalu pada 4.4005/4070.

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata Dolar AS yang lebih lemah menyokong pengambilan risiko global berdasarkan jangkaan pasaran bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan meredakan kadar dasar monetari lebih awal daripada yang dijangkakan.

 

ringgit

“Selain itu, semua mata masih tertumpu pada pembukaan semula sekatan pergerakan di China. Memandangkan pertumbuhan China beransur-ansur kembali pulih, Ringgit sepatutnya terus mengukuh,” katanya lagi.

Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding Pound British kepada 5.3057/3106 daripada 5.2159/2336 pada penutup Jumaat lalu, dan susut nilai berbanding Euro kepada 4.6717/6759 daripada 4.6254/6322.

Mata wang tempatan juga lemah berbanding Dolar Singapura kepada 3.2836/2871 daripada 3.2664/2717, dan turun berbanding Yen Jepun kepada 3.3250/3283 daripada 3.2739/2793 sebelumnya.

Artikel berkaitan > Ekonomi Malaysia masih dalam landasan – Tengku Zafrul

(Visited 422 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button