Hiburan

YouTuber Atta Halilintar gentar nak jumpa Kris Dayanti tapi nak kahwini Aurel

KECOH dalam kalangan peminat artis seberang yang membabitkan anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu penyanyi Kris Dayanti, bekas suaminya, Anang Hermansyah.

Anak perempuan pasangan ini memang sudah dewasa dan layak menikah pun. Jadi, pilihan Aurel Hermansyah ialah YouTuber Indonesia, Atta Halilintar.

Pasangan merpati dua sejoli ini merancang untuk melangkah ke jenjang pelamin pada tahun depan, 2021 di negara kelahiran mereka.

Itu adalah perancangan tetapi sama ada tahun depan pendamik Covid-19 ini ‘reda’ atau terputus rantaiannya, itu satu tanda tanya.

Apa yang pasti, netizen, media sosial dan Aurel – Atta sendiri sama-sama memberi jangkaan, pasangan Aurel – Atta tidak mungkin dapat melangsungkan majlis resepsi mereka tahun depan.

Yang menjadi kecoh di Indonesia sekarang ini ialah hubungan Aurel dan Atta khabarnya tidak mendapat restu ibu kandung Aurel. Siapa lagi kalau bukan Kris Dayanti (KD).

KD mempunyai seribu alasan mengapa dia tidak merestui hubungan anak perempuannya itu dengan Atta dan biar disoal alasannya, KD tidak memberikan jawapan yang tepat.

Atta Halilintar sendiri mengakui, dia tidak berkesempatan bersua empat mata dengan bakal ibu mertuanya itu dan sekali gus, menyatakan hasratnya untuk meminang Aura.

Andai kata benar-benar KD membantah hubungan cinta ini, Atta perlu melakukan sesuatu untuk mengubah persepsi KD terhadap dirinya yang mungkin negatif.

Atta juga perlu mengorak langkah bijak dengan mencari jalan, bagaimanakah dia boleh berjumpa dengan KD dan diterima sebagai bakal menantu.

Atta khabarnya telah membuat langkah pertama dengan berkunjung ke rumah kakak KD, Yuni Sahara di Ragunan, Jakarta Selatan.

Mungkin emak saudara itu boleh membantu Atta untuk mendekati KD yang sibuk sebagai Ahli Dewan DPR Indonesia. – SM

 

 

 

(Visited 341 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button