Hiburanpilihan

Empat pelawak nafi terlibat aktiviti pemerdagangan manusia

LAPORAN mengenai tangkapan yang dilakukan terhadap seorang pelawak kerana terlibat dengan aktiviti pemerdagangan manusia dan eksploitasi seks telah membuatkan netizen berteka-teki.

Satu persatu nama pelawak yang ada di dalam negara mula dipetik dan didakwa merupakan individu yang ditahan.

Namun, kesemua pelawak yang disebutkan sebagai terlibat dengan kes tersebut telah menafikan dakwaan dan tuduhan di laman sosial.

Terbaharu yang menafikan dakwaan terlibat dengan kes tersebut ialah penyanyi, Watie Sadali yang juga isteri kepada pelawak, Joey Daud.

Joey dikatakan mempunyai kaitan dengan kes tersebut berdasarkan laporan yang mendakwa individu itu berusia 40-an dan berasal dari Johor.


“Ya, suami saya juga menjadi mangsa sebab dia orang Johor dan pelawak.

“Elok sahaja suami saya di rumah. Kenapa kata suami saya ok atau tidak. Aduh, kelakarlah,” katanya.

Sebelum Joey, nama pelawak, Sharol Shiro yang juga dikaitkan dengan kes tersebut. Namun, dia dengan tegas menafikan tuduhan terhadapnya.

Selain itu, seorang lagi pelawak, Wan Wala juga antara nama yang menjadi mangsa tuduhan netizen.

Wan memberitahu, dia kini sedang sibuk bekerja di Sabah dan meminta semua supaya tidak membuat isu yang boleh menimbulkan fitnah.

Namun, satu nama yang lebih awal dipetik dan didakwa berkaitan dengan kes tersebut ialah Tauke Jambu.

Pelawak tersebut juga menafikan dirinya terlibat pada hari sama berita tersebut tular di media sosial.

Untuk rekod, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Ramlan Abdul Razak juga mengesahkan yang pelawak itu telah dibebaskan dengan jaminan pada semalam.

Pelawak tersebut ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Negeri Sembilan pada Selasa lalu.

Susulan penangkapan pelawak itu, polis telah berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah. -SM

(Visited 576 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button