Politik

Rumah pelacuran, saranan Rosyam Nor langgar hukum syarak – Nurul Fadzilah

Ketua Srikandi Muda BERSATU Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin menegaskan saranan pelakon, Datuk Rosyam Nor tentang rumah pelacuran untuk warga asing jelas melanggar hukum syarak.

Malah saranan daripada pelakon tersebut sangatlah tidak menepati syariat Islam dan bertentangan dengan peruntukan yang termaktub dalam undang-undang sivil dan syariah.

“Saranan Rosyam Nor berkenaan perlunya aktiviti pelacuran di negara ini mencetuskan kontroversi dan menimbulkan dua blok yang menyokong dan menentang akan idea berani tersebut.

“Cadangan yang diberikan khusus untuk pekerja asing mengundang pelbagai reaksi namun ia bukanlah penyelesaian yang boleh dipertimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Nurul Fadzilah berkata demikian mengulas kenyataan Rosyam Nor dalam satu video promosi podcastnya yang berjudul Hitam Putih Kehidupan yang mengangkat tema pornografi.

Bagi Nurul Fadzilah, ia merupakan satu galakkan kepada perbuatan maksiat yang terang-terangan bertentangan dengan norma masyarakat dan agama.

Dalam masa sama, Nurul Fadzilah turut berpegang dengan prinsip bahawa Malaysia masih mempunyai undang-undang di bawah Akta Kanun Keseksaan 574 serta di bawah Akta 1997.

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button