fbpx
Nasional

Kuli positif Covid-19

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan ketika ini sedang mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas disahkan positif Covid-19.

Menurut Astro Awani, Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Kuli ketika ini stabil dan tidak mempunyai sebarang komplikasi.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu merupakan kontak rapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff yang disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.

Sebelum ini, pegawai Tengku Razaleigh, Lokman Abdul Ghani juga disahkan positif COVID-19 dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).-SM

(Visited 142 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button