Berita

Doktor terselamat kereta terjunam dalam sungai

JOHOR BAHRU, 9 Dis — Seorang doktor terselamat apabila kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Redong, di jambatan Felda Redong, dekat Segamat, hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Labis Pegawai Bomba Kanan II Sharfini Nasar berkata kejadian berlaku ketika Nur Syarifah Hidayu Hassan, 25, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Selancar 3, Segamat, selepas selesai bertugas di Hospital Segamat.

“Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.22 tengah hari tadi.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, lapan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Labis mendapati kereta tersebut jatuh ke dalam sungai berkedalaman 0.3 meter,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sharfini berkata bomba menggunakan seutas tali dan peranti pengapungan peribadi (PFD) bagi membantu menyelamatkan doktor itu.

Beliau berkata wanita berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar ke Hospital Segamat menaiki kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan ditemani ibunya bagi pemeriksaan lanjut.

— BERNAMA

(Visited 44 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button