BeritaNasional

Teks kemudian, sayangi keluarga anda

KUALA LUMPUR – Kempen Love Your Family! Drive Safer. Text Later., dilaksanakan untuk mendidik pemandu mengutamakan keluarga dan tidak menggunakan gajet semasa memandu bagi mengelak berlakunya kemalangan.

Ketua Pengarah LPPKN Abdul Shukur Abdullah berkata, peringatan itu dapat menyelamatkan nyawa ahli keluarga serta pengguna jalan raya yang lain.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan kempen tersebut, di sini. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyokong kempen berkenaan yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan Focus On The
Family Malaysia sebagai salah satu aktiviti sepanjang bulan November yang juga merupakan Bulan Keluarga Kebangsaan.

Menurut beliau lagi, “Selain kesedaran mengenai keselamatan ketika memandu, peranan ketua keluarga iaitu ayah juga patut dititikberatkan.

“Proses pendidikan sikap dan amalan bermula dalam keluarga dan perlu dipupuk sejak kecil,” katanya.


Pada majlis sama, Abdul Shukur disertai Lee Wee Min, Pengerusi Focus On The Family Malaysia, turut melancarkan video kempen serta pertandingan swafoto keluarga bersama pelekat kenderaan yang tertera perkataan Love Your Family!
Drive Safer. Text Later. yang boleh disertai sepanjang November.

(Visited 36 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button