Rencah Hidup

Kenapa rakyat Malaysia suka memandu bersendirian?

KUALA LUMPUR – Majoriti rakyat Malaysia suka memandu bersendirian ke tempat kerja dan sebab kenapa mereka suka berbuat demikian tidak dapat dipastikan

Kajian oleh Pusat Kajian Politik dan Urus Tadbir (Cent-GPS) mendapati 87.3 peratus pemandu di negara ini memandu ke tempat kerja secara bersendirian.

Sebanyak 11.6 peratus memandu ke tempat kerja dengan seorang penumpang dan hanya 0.9 peratus dengan dua orang penumpang.

Kajian ini membabitkan kaji selidik ke atas hampir 5,000 kenderaan meliputi pelbagai kawasan di Kuala Lumpur.

Ia membabit 1,004 pemandu yang memandu dari kawasan Ampang dan 990 dari kawasan Sungai Buloh.

Selain itu ia turut membabitkan 1,098 pemandu dari Seri Kembangan dan 1,601 yang memandu dari Petaling Jaya. – SM

 

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button