BeritaPendidikan

Harapan anak Jelebu

Jelebu adalah sebuah daerah yang begitu damai dan mempunyai pemandangan alam semula jadi yang sangat menarik. Kedudukan bentuk muka buminya yang berbukit bukau dan subur menjadikan pertanian sebagai punca rezeki bagi ramai penduduk di sini. Yang unik tentang Jelebu ialah ia tidak mempunyai pekan yang bernama Jelebu. Sebaliknya pekan utama di daerah Jelebu ialah Kuala Klawang.

Ketika hendak memulakan kerjaya sebagai seorang guru, saya telah ditempatkan di sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Teriang Hilir (SMTH) di Jelebu pada tahun 1985. Beberapa tahun kemudian, saya menyambung pengajian ke luar negara dan apabila pulang ke tanahair, sekali lagi saya ditempatkan di sebuah sekolah di Jelebu. Sejak saat menjejak kaki di SMTH itu, saya terus jatuh cinta pada Jelebu, sebuah daerah yang penuh beradat.

Bagi saya, penduduk Jelebu sangat ramah dan sangat menghormati guru-guru. Pendidikan adalah segala-galanya buat ibubapa di sini Mereka mengambil berat akan pendidikan anak-anak kerana berpendapat bahawa pendidikan dapat memberi jaminan kepada kehidupan yang lebih baik buat mereka. Ini dapat dilihat dengan kehadiran mereka menghadiri mesyuarat PIBG, hari sukan sekolah dan pelbagai aktiviti sekolah yang lain. Walaupun telah bersara, saya masih mempunyai hubungan yang baik dengan ramai anak-anak murid yang saya ajar di SMTH pada sekitar tahun 1980an.

Justeru kehadiran Menteri Pembangunan Luar Bandar, Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir Khalid ke daerah ini dalam Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia amat amat dialu alukan. Ia sebagai penyuntik semangat kepada para ibubapa dan anak anak yang mempunyai cita cita tinggi dalam bidang pendidikan.

Dalam ucapannya Mahdzir berkata bahawa Program Jelajah Pendidikan pada tahun ini menyasarkan 50 ribu pelajar untuk memasuki Universiti Awam, Institusi Pendidikan dan Kolej TVET. Pendidikan dilihat sebagai wadah anak-anak Jelebu untuk merobah kehidupan mereka ke tahap yang lebih baik.

Kehadiran sosok seorang Menteri seperti Mahdzir Khalid yang sentiasa tenang dengan fokus terhadap tugasnya pasti menambah kedamaian dan keyakinan.

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button