Rencah Hidup

Doktor, salahkah wartawan tanya masakan singgang boleh sembuhkan Covid-19?

SEORANG doktor pakar menjadi perhatian apabila mendakwa wartawan tidak matang kerana bertanya adakah masakan singgang boleh menyembuhkan penyakit Covid-19 dalam sidang akhbar.

Dalam Twitternya, doktor berkenaan berkata, wartawan tidak sepatutnya bertanyakan soalan tersebut kepada Ketua Pengarah Kesihatan kerana wartawan terbabit boleh mengetahui jawapannya jika berfikir secara bernas.

“Kenapa perlu tanya pasal singgang di sidang media Ketua Pengarah Kesihatan tentang COVID19?

“Patutnya soalan macam ini, wartawan sendiri dah tahu jawapan kalau mampu menggunakan akal fikiran. Tidak perlu tanya. Bila lah media kita nak matang. Pegang pada fakta,” ciap Dr. Rafidah.

Bagaimanapun ciapan berkenaan mendatangkan reaksi kurang menyenangkan daripada pengikut Twitternya.

Menurut mereka, sememangnya menjadi tugas wartawan untuk bertanya soalan kepada pakar jika terdapat sebarang kemuskilan terutama jika ia mengelirukan masyarakat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 509 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button