Rencah Hidup

“Tahun ni semua balik beraya di Melaka,” – Cantiknya Young Syefura di samping suami & keluarga

Selain meraikan kemenangan selepas berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan, Aidilfitri memberi peluang untuk umat Islam mengeratkan hubungan silaturahim.

Hal ini demikian kerana boleh dikatakan pada hari-hari biasa, masing-masing akan sibuk dengan komitmen namun demi Aidilfitri, ia direhatkan seketika.

Menjengah ke laman Facebook Young Syefura, Ahli Parlimen Bentong itu nampaknya beraya di Melaka dan bersyukur kerana bilangan yang pulang ‘mencukupi’.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari Keluarga Othman & Umi Kalsom.

“Alhamdulillah, tahun ni semua balik beraya di Melaka. Cukup jumlahh,” tulisnya ringkas sebagai catatan Aidilfitri.

(Visited 235 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button