Rencah Hidup

Di India masih diamalkan tanam anak perempuan hidup-hidup

POLIS di Hyderabad, India baru-baru ini menyelamatkan bayi perempuan yang mahu ditanam hidup-hidup dalam lubang.

Rakaman video telefon berkenaan insiden itu yang viral di media sosial menunjukkan anggota polis menghampiri dan bersemuka dengan seorang lelaki yang memegang segumpal selimut dan seorang lagi sedang menggali lubang dengan tangan.

Ketika polis bersemuka dengan salah seorang lelaki itu, dia mengaku mereka dalam proses untuk menanam bayi tersebut – tetapi memberi alasan bayi itu telah meninggal dunia di hospital.

Tetapi bayi berkenaan bergerak-gerak dalam selimut tersebut yang mendedahkan niat sebenar mereka.

Rupa-rupanya lelaki yang memegang bayi itu adalah datuknya dan dia berkata, apabila mengetahui anaknya melahirkan bayi perempuan di hospital, dia serta ahli keluarga yang lain memutuskan untuk tidak membawa bayi itu pulang ke rumah, demikian menurut laporan Daily Mail.

Datuk kepada bayi itu bersama seorang lagi lelaki yang juga saudara kepada bayi berkenaan ditahan dan dibebaskan selepas kenyataan diambil.

Menurut Daily Mail, bayi perempuan itu dihantar ke hospital dan siasatan masih berjalan.

Kejadian itu dilaporkan oleh seorang pemandu teksi yang memberitahu polis apabila melihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan dengan salah seorang daripada mereka membawa beg, dan seorang lagi menggali lubang tidak jauh dari tempat menunggu bas.

Kes itu berlaku dua minggu selepas seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemukan masih hidup selepas ditinggalkan dalam periuk tanah selama dua hari.

Dia ditemukan oleh lelaki yang mahu menggali kubur untuk menanam hidup-hidup anak perempuannya sendiri.

India masih lagi dibelenggu oleh kepercayaan bahawa bayi perempuan merupakan satu bebanan kepada keluarga kerana apabila mereka mahu berkahwin perlu bayar dowri.

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button