Berita

Dangkal, tak kenal Jalur Gemilang?

KATA ahli falsafah Greek, Plato:
Wise men speak because they have something to say; Fools because they have to say something. (Golongan bijak pandai bercakap kerana mereka ada sesuatu yang ingin diperkatakan. Si dungu bercakap kerana mereka perlu berkata sesuatu).

Bunyinya kelihatan jenaka tetapi itulah yang berlaku.

Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba) tiba-tiba pula boleh menyatakan mereka tersilap apabila mengibarkan Jalur Gemilang berbucu lima, bukannya 14 bucu semasa majlis perasmian Piala Maba Milo Lum Mun Chak ke-28 baru-baru ini. Pelik kan?

Boleh pula tidak kenal dengan simbol negara ini?

Jalur Gemilang harus dihormati dan dihargai bukannya diubahsuai begitu rupa. Jalur Gemilang adalah simbol penyatuan tertinggi negara, simbol kewujudan negara merdeka dan simbol maruah sesuatu bangsa.

Kita harus mengerti bahawa andai kata ada unsur `bermain politik’ dalam isu Jalur Gemilang berbucu lima tadi, realitinya bukan semua perkara perlu dipolitikkan. Politik harus punya batas masa dan tempat.

Dasar-dasar penting negara serta simbolnya harus didukung bersama. Setelah 62 tahun merdeka, ayuhlah kita kibarkan Jalur Gemilang dengan megah sebelum kita kehilangan.

Sebenarnya bukan salah politik tapi pelakunya.

Benarlah seperti kata Gen. H. Norman Schwarzk bahawa “kepimpinan adalah kombinasi strategi dan perwatakan (karakter).

Jika harus memilih salah satu – pilihlah perwatakan.

– SUARA MERDEKA

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button