COVID-19: Sweden catat lebih 2,000 kematian, kes naik mendadak
SERAMAI 16,755 orang di Sweden didapati positif COVID-19, dengan 751 kes baharu direkodkan antara Rabu dan Khamis, manakala angka korban berjumlah 2,021, lapor agensi berita Xinhua.
Kenaikan mendadak itu disebabkan peningkatan jumlah saringan COVID-19 yang diadakan oleh petugas perubatan, kata pakar epidemiologi Anders Wallensten pada taklimat harian.
“Kami tidak melihat adanya penurunan,” kata Wallensten sambil memberi amaran, pandemik masih belum selesai dan menggesa semua rakyat Sweden untuk terus duduk di rumah.
Pada sidang media sama beliau turut mendedahkan jangkaan waktu puncak jangkitan ditetapkan pada 8 April dan bukan 15 April seperti yang dikatakan sebelum ini.
“Di Stockholm 26 peratus penduduk kemungkinan akan dijangkiti menjelang 1 Mei, jumlah itu agak rendah berbanding anggaran sebelum ini,” kata Wallensten. – BERNAMA