Analisis

Pembangkang terbaik masih lagi UMNO

SELEPAS kalah ada pilihan raya umum 9 Mei 2018, tiada pilihan UMNO dan Barisan Nasional terpaksa menjadi pembangkang.

UMNO tidak perlu menggerakan ahlinya untuk berguling di jalan raya, cukup dengan hujah dan fakta serta saranan yang berkesan.

Tempoh 22 bulan UMNO telah membuktikan bahawa mereka adalah pembangkang yang terbaik yang pernah negara ini ada. Bagaimanapun kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah tumbang dek kerakusan para pemimpin pakatan berkenaan khususnya DAP yang menggugat kepentingan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Sikap itu menyebabkan kestabilan negara terus tergugat dan akhirnya kerajaan berkenaan terpaksa diruntuhkan serta membuka ruang kepada pembentukan kerajaan kerjasama UMNO, Bersatu dan Pas di bawah Muafakat Nasional yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional.

Namun pada pilihan raya seterusnya Perikatan Nasional gagal membentuk kerajaan dan UMNO akhirnya bergabung dengan PH membentuk Kerajaan Perpaduan dan kini dikenali sebagai Madani.

Maka Perikatan Nasional (PN) kini menjadi pembangkang, tetapi selepas masuk tahun ketiga kerajaan Madani semakin mendapat rentaknya dan pada masa yang sama PN selaku pembangkang semakin lemah serta tenggelam punca.

Mereka masih diulit mimpi untuk meruntuhkan kerajaan yang sedia ada, daripada menjadi pembangkang yang baik. Sedangkan semakin hari semakin hampir PRU seterusnya akan diadakan. Jika berterusan begini kemungkinan besar PN akan terus menjadi pembangkang dan perlu belajar menjadi pembangkang yang hebat.

Semua sudah tahu keputusan PRK Ayer Kuning. Kubu kuat UMNO itu semakin kukuh dengan kerjasama DAP dan parti komponen lain di dalam PH.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button