Nasional

Covid-19: KDN tolak 80,000 permohonan MyTravelPass

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen Malaysia telah menolak lebih 80,000 permohonan MyTravelPass untuk masuk atau keluar dari negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan, permohonan berkenaan ditolak bagi melindungi rakyat Malaysia daripada dijangkiti virus Covid-19 yang berkemungkinan dibawa oleh pengembara luar.

Tambah beliau, ketika ini pengembara dari 25 buah negara telah disekat daripada masuk ke Malaysia melalui 111 pintu.

“Melalui Jabatan Imigresen Malaysia telah memperketatkan kawalan kemasukan warga asing di semua 111 pintu masuk negara yang telah diwartakan.

“KDN juga telah menguatkuasakan perintah sekatan kemasukan pengembara dari 25 buah negara yang dikenalpasti berpotensi tinggi terhadap COVID-19 dan mempunyai Various Of Concern.

“Bagi melindungi rakyat Malaysia, KDN melalui JIM telah menolak lebih 80,000 permohonan MyTravelPass untuk masuk atau keluar dari negara,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sehingga 31 Mei lepas, Varian of Convern atau varian membimbangkan (VOC) dikesan telah menular ke 12 buah negeri.

Selain menular dengan pantas, jenis varian ini menjangkiti dengan gejala dan komplikasi yang teruk.

Di samping itu, jangkitan varian-varian itu juga sukar dikesan dan kurang berkesan terhadap vaksin.-SM

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button