fbpx
Nasional

Covid-19: Kerajaan Johor lancar tabung bantuan

KERAJAAN Johor telah menyediakan tiga saluran untuk orang ramai menderma barang-barang perlu termasuk wang tunai untuk membantu mereka yang terjejas akibat Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, beliau mahu mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada sektor swasta atau individu kerana menyumbang kepada Tabung Bencana Johor.

“Kami juga ingin berterima kasih kepada kakitangan perubatan dan keselamatan kerana menjadi barisan hadapan dalam menangani C ovid-19.

“Kerajaan negeri juga berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas sumbangan wang tunai untuk daerah Johor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Jabatan Kesihatan Naegari,” katanya.

Vidyananthan berkata demikian melalui sidang  video yang disiarkan secara langsung di facebooknya.


Katanya kepada mereka yang mahu menyumbang termasuk barangan keperluan boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Johor, 07-2382217 atau 07-2245211 antara pukul 8 pagi dan 5 petang.

Katanya, Kementerian Kesihatan turut menyediakan tabung sumbangan yang boleh dibuat melalui akauan Bank RHB 2-66016-0002347-5. -SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button