NasionalNegeri

Cintai Nabi Muhammad wajib pada umat Islam – Raja Muda

Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah merupakan satu kewajipan kepada kita semua sebagai umat Baginda.

Kecintaan kepada Nabi tidak hanya sekadar melafazkan ungkapan-ungkapan sahaja tetapi hendaklah diiringi dengan tindakan mencontohi Baginda di dalam kehidupan seharian.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengadakan kunjungan ke Masjid Camlica di daerah Uskudar, di Istanbul Turkiye.

Masjid berkenaan adalah yang terbesar di Turkiye, dibina dengan kos sebanyak USD290 juta.

Ia mula dibina pada 2013 dan siap pada 2019 dan boleh memuatkan 25,000 jemaah di dalam masjid dan 63,000 lagi termasuk di luar bangunan.

Selain ruang solat, masjid ini juga mempunyai muzium, perpustakaan, kafeteria, dewan konferen serta bengkel seni lukis.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda, Syed Sitajuddin Areeb Putra. Jamalullail.

Turut mengiringi Baginda ialah Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir; dan Naib Canselor Universiti Makaysia Perlis (UniMAP) Datuk Prof Ts Dr Zaliman Sauli.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs turut berkenan menyerahkan sumbangan zakat MAIPs yang diterima oleh Pegawai Masjid, Kevser Saliha Aydn yang menerima bagi pihak Presiden masjid tersebut, Ergin Kulunk.

Tambah Raja Muda, “Dalam menghayati kedatangan Bulan Rabiulawal yang merupakan bulan kelahiran Baginda Nabi kita seharusnya berusaha mempertingkat kecintaan kepada Baginda selaras dengan petunjuk daripada al-Quran dan As-Sunnah”.

Antara bukti kecintaan kepada Rasulullah adalah dengan memperbanyakkan selawat, mempertahankan sunnah dan menghayati sirah Baginda serta menambah Ilmu pengetahuan dalam mengikuti ajaran Baginda.

Perlis telah melancarkan Seminar Zikra Ar Rasul: Menghayati Sirah Rasulullah SAW baru-baru ini. – SM

BACA Penggunaan kalimah Allah eksklusif buat umat Islam di Malaysia – Zulkifli Mohamad

BACA Umat Islam tonton konsert The 1975 dinasihat mohon keampunan Allah

(Visited 26 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button