Nasional

Kedai buku Popular henti jualan novel Darlingku Mr. Cold Mafia

KEDAI buku Popular Book Co (M) telah mengeluarkan notis akan menghentikan jualan novel bertajuk Darlingku Mr.Cold Mafia. Tindakan ini diambil kerana novel itu mengandungi unsur negatif dan boleh mempengaruhi pembaca.

“Pihak Popular mengambil maklum berkenaan isu novel Darlingku Mr. Cold Mafia yang tersebar dalam kalangan pembaca.

“Atas dasar tanggungjawab sosial kepada semua pembaca, Popular mengambil tindakan menghentikan jualan novel tersebut berkuatkuasa serta-merta”, katanya dalam satu kenyataan di media sosial Facebook Popular Book Co (M) Sdn. Bhd.


Antara kandungan yang ditulis di dalam novel tersebut menceritakan tentang watak utamanya, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun manakala watak utama perempuan dipaparkan seorang kanak-kanak berumur 10 tahun.

Garapan oleh penulis novel tersebut cenderung ke arah kelucahan dan pedofilia yang seolah-olah menggalakkan perbuatan ini.

Tidak dinafikan jualan novel tersebut laris dan secara tidak langsung ia menjadi bualan hangat netizen.

Walau bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan isi kandungan novel tersebut dan dikaitkan dengan penulisnya yang dikatakan seorang wanita berhijab.

Bukan itu sahaja, penulis yang merupakan mahasiswi di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bertaraf universiti menuntut dalam jurusan Dakwah dan Kepimpinan seharusnya lebih peka dengan bahan penulisan walaupun ia nukilan sebuah novel.

Orang ramai amat bersetuju dengan langah yang diambil oleh kedua buku Popular yang menghentikan jualan novel itu serta merta kerana kita tidak mahu mendedahkan masyarakat dengan kisah-kisah tidak bermoral.

Novel yang kontroversi seperti ini tidak harus berada dalam pasaran kerana walau apa jua pun nawaitu penulis, bahan tulisan itu boleh mempengaruhi minda pembaca dan menggalakkan kalangan pembaca novel berkenaan kepada perkara terkutuk.

Menjadi penulis biarlah cerdik akal dan Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula janganlah tidur dan leka. Turun padang dan pastikan bahan-bahan bacaan lucah tiada dipasarkan.

Kalangan penerbit bahan bercetak pula jangan fikirkan keuntungan semata-mata sebaliknya perlu ada tanggungjawab sosial dan kemasyarakatan. – SM

(Visited 1,374 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button