Nasional

BSN, UPSI jalin kerjasama sedia kemudahan pembiayaan bagi lepasan ijazah, kakitangan

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi universiti pertama untuk Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan menyediakan kemudahan menerusi produk Pembiayaan Lepasan Ijazah untuk calon yang ingin melanjutkan pengajian peringkat pascasiswazah.

Menjayakan hasrat itu, hari itu BSN dan UPSI memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menyediakan produk Pembiayaan Lepasan Ijazah, Pembiayaan Kakitangan serta Kad Korporat pada satu majlis yang diadakan di Hotel Scholar Suite, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil Jeremy berkata BSN menawarkan produk pembiayaan peribadi tanpa cagaran iaitu ‘BSN MyRinggit/i – Postgraduate’ khusus bagi bakal pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di UPSI.

Profesor Datuk Dr. Md Amin ( tiga dari kanan) dan Jay Khairil memegang dokumen perjanjian selepas menandatangani MoU.

Kerjasama itu, katanya, adalah inisiatif sebagai tanda keprihatinan kedua-dua pihak dalam menangani kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dari segmen tertentu untuk mendapatkan pembiayaan bagi menampung kos pengajian mereka.

Beliau berkata Pembiayaan BSN MyRinggit/i – Postgraduate ditawarkan kepada bakal pelajar yang sedang bekerja dan ingin melanjutkan pengajian bagi Program Lepasan Ijazah Secara Separuh Masa dan Program Pengajian Siswazah Secara PESISIR iaitu program akademik yang dijalankan di pusat-pusat pembelajaran di luar kampus yang diluluskan oleh UPSI.
“Jumlah yang boleh dimohon bagi pembiayaan di bawah skim Islamik ini adalah di antara RM5,000 sehingga RM50,000 dengan tempoh satu hingga 10 tahun bergantung kepada kelayakan pemohon,” katanya.

“BSN sentiasa mempelbagaikan penawaran produk dan perkhidmatan kami demi memenuhi keperluan pelanggan dari pelbagai segmen. Ini adalah selaras dengan visi kami iaitu ‘Tiada Rakyat Malaysia Yang Ketinggalan’.

Justeru, katanya, melalui jalinan strategik kedua pihak akan dapat membantu pelajar menampung yuran pengajian dan kos sara hidup selain membuka peluang kepada lebih ramai individu melanjutkan pelajaran di UPSI,”

 

MoU yang ditandatangani juga menyaksikan BSN menawarkan pembiayaan peribadi dengan kadar yang menarik kepada kakitangan UPSI di bawah ‘Skim Kakitangan Korporat’(SKK) untuk tempoh pembiayaan antara satu hingga 10 tahun dengan jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM400,000.
“Selain itu, BSN menawarkan ‘Kad Kredit-i Korporat’ kepada kakitangan khas UPSI yang memberi lebih penjimatan berikutan tiada yuran tahunan dikenakan, tiada caj pembayaran lewat selain dapat menikmati pulangan tunai pada setiap pembelian ke atas perbelanjaan dibenarkan.
Sementara itu Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff menyambut baik inisiatif BSN itu semuanya memberi kemudahan bukan sahaja pelajar pascasiswazah malahan kakitangan.

“ UPSI mengalu-alukan kerjasama ini dalam bersama-sama BSN memperkasakan bidang pendidikan tinggi di negara ini,” katanya.

Hadir sama menyaksikan pemeteraian MoU, Pendaftar, Helmi Zaifura Abdul Rahman dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed. -SM

baca : 17 Mahasiswa FBK sertai program mobiliti antarabangsa latihan mengajar antara UPSI

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button