Luar Negara

Bintang Bayern, Muller dan isteri bakal bergelar jutawan jual sperma kuda

BINTANG bola sepak Jerman, Thomas Muller dan isterinya menjual sperma kuda menerusi atas talian.
Pasangan itu bakal bergelar ‘jutawan sperma kuda’, menurut akhbar Jerman, Bild. Pemenang Piala Dunia dan Liga Juara-Juara Eropah, Muller menjadi perantis kepada perniagaan tersebut yang diusahakan di kandang kuda milik isterinya, Lisa.

Lisa merupakan atlet sukan berkuda dan juara dalam acara dressage, jadi, dia mempunyai pengetahuan terhadap ternakan kuda.

Ladang pembiakan kuda yang dimiliki pasangan suami, isteri itu kini dijadikan sebagai ‘EU Insemination Station’ (Pusat Pembiakan EU) untuk 2021.

Ini bermakna penternak boleh memesan air mani atau semen dari kuda jantan mereka, termasuk D’Avie (atau dikenali sebagai Dave) yang merupakan kuda kegemaran Muller.

Bagaimanapun, urusniaga itu bukanlah murah. Dengan hanya melakukan dua kali termasuk proses menyuntik semen dan penghamilan, melibatkan kos mencecah 1,700 pound (RM9,284).

Menerusi laman web rasmi pasangan tersebut, mereka menulis: “Sehingga kini, latihan untuk kuda yang bertanding dan pembiakan kuda dressage kelas pertama telah mendominasi aktiviti seharian di kandang kuda kami.

“Sekarang cabaran menanti kami bagi memulakan episod baharu sebagai “EU insemination station” bagi musim pembiakan 2021.

“Bersama-sama dengan anda dan kuda jantan kami, kami bersedia untuk menyumbang pengaruh yang positif kepada pembiakan kuda dressage pada masa depan. Kami tidak sabar menantikannya!”

Pemain tengah Bayern Munich, Muller, 31, turut berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram miliknya.

“Lisa dan saya telah mengorak selangkah ke depan dalam ‘kehidupan kuda’ kami. Gut Wettlkam menanti kehadiran musim pembiakan 2021 bersama kuda jantan kami,” jelas Muller dalam tulisannya.

Selain D’Avie, pembeli juga boleh memilih semen daripada dua ekor kuda jantan yang diberi nama Four Roses dan Bowmore.

Mengulas mengenai D’Avie, Muller berkata: “Menemui harapan masa depan untuk sukan dressage, sejak tiba di ladang kami, D’avie telah membuat isteri saya, Lisa tersenyum pada setiap hari.

“Sebagai peminat dressage, pencinta kuda dan penternak yang berpengalaman luas, anda biasanya masih boleh mencari kepuasan dengan juara dunia berganda itu.

“Tetapi D’Avie membalas dengan sifat-sifat positif yang sebelumnya tidak diketahui yang boleh anda gambarkan mengenai kuda.”

Terdapat berjuta-juta yang dapat dihasilkan daripada pembiakan kuda jantan Ireland, Galileo yang dilaporkan mampu mencatat perolehan sebanyak 515,000 pound (RM2.81 juta) bagi setiap pembiakan, menurut Thoroughbredracing.com.

Kuda legenda, Frankel pernah mencatat pendapatan sebanyak 165,000 pound (RM901,140) ketika mengawan. – The Sun – SM

(Visited 593 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button