Nasional

Bertambah ramai degil ingkar PKP

DEGIL.

Mungkin itu gambaran yang sesuai kepada segelintir rakyat Malaysia yang masih enggan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Angka individu ditahan sejak semalam lebih ramai berbanding semalam dan dua hari lepas iaitu seramai 554 orang.

Daripada jumlah tersebut, seramai 489 individu direman sementara 65 lagi dijamin.

[BACA] Lima peratus orang Kelantan masih degil langgar PKP — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: PM umum pakej Prihatin Tambahan RM10 bilion untuk majikan, PKS — Suara Merdeka

Peningkatan tersebut menunjukkan masih ramai rakyat degil enggan memberi kerjasama terhadap pihak berkuasa apabila ditahan ketika sekatan jalan raya dan rondaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, peningkatan penangkapan adalah sebanyak 51 peratus dalam operasi kerjasama antara PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Jumlah yang ditangkap semalam meningkat berbanding 368 tangkapan pada hari sebelumnya.

“Selain memeriksa 293,051 kenderaan, pihak berkuasa turut membuat 25,818 pemeriksaan mengejut. Sebanyak 4,822 premis diperiksa di seluruh negara,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

[BACA] Pesakit Covid-19 sembuh catat bilangan tertinggi 236 kes, kes baharu 131 – Suara Merdeka

Tambah beliau, individu degil yang didakwa di mahkamah atas kesalahan melanggar PKP adalah seramai 213 orang.

“Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP dari 18 Mac hingga 5 April adalah sebanyak 6,048 orang.

“PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih tegas kepada mereka yang masih tetap mengingkari arahan PKP,” tegasnya.

[BACA] Kerana nasi lemak bungkus, 24 individu kena naik mahkamah – Suara Merdeka
[BACA] Harimau Malaya positif Covid-19 selepas didapati batuk-batuk – Suara Merdeka

Sehingga semalam sebanyak 743 sekatan jalan raya di seluruh negara diadakan bersama antara PDRM dan ATM. – SM

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button