Nasional

Sarawak minta rakyat tidak buat tuduhan melulu kluster RHB

SARAWAK meminta rakyatnta tidak membuat tuduhan melulu berhubung jangkitan COVID-19 melibatkan satu kluster yang dikenal pasti sebagai Kluster RHB di negeri itu.

MENTERI Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini ekoran ada dakwaan seperti itu di media sosial.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, dakwaan yang tular itu menyatakan kluster berkenaan bermula daripada seorang individu yang enggan menjalani kuarantin.

Akibat keengganannya itu, dia telah  menyebabkan satu keluarga meninggal dunia disebabkan jangkitan itu.

“Ingin saya nyatakan di sini, wabak ini tidak memilih bangsa dan tidak memilih agama, apa yang telah berlaku adalah satu perkara yang tidak diingini dan semua orang tidak mahu dijangkiti wabak ini.

“Tidaklah perlu untuk kita menguar-uarkan bahawa kematian atau wabak itu berlaku ekoran daripada seseorang atau daripada bangsa mana dan menyebabkan perasaan yang kurang enak,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di Wisma Bapa Malaysia di Kuching, hari ini.

Beliau berkata sesiapapun tidak akan pergi bekerja mahupun bertemu orang lain sekiranya mengetahui lebih awal mereka telah dijangkiti wabak itu.

“Jadi harapan saya kepada rakyat Sarawak untuk tidak membuat tuduhan melulu kerana tiada siapa pun mahu dijangkiti dengan pandemik ini,” katanya seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA

BACA

Lima menteri Sarawak kena kuarantin

Tujuh daerah di Sarawak dalam zon merah

Wabak Covid-19 di Sarawak setakat ini turut memaksa liam orang menteri kabinet negeri diarahkan untuk kuarantinkan diri di rumah masing-masing.

Mereka termasuk dua orang Timbalan Ketua Menteri.

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia tidak menjejaskan pentadbiran Sarawak.

Kesemua lima menteri terlibat katanya, masih meneruskan tugas masing-masing walaupun mematuhi perintah kuarantin 14 hari selepas mereka didapati mempunyai kontak rapat dengan seorang yang disahkan positif Covid-19.

Menurut beliau, kemajuan teknologi komunikasi masa kini membolehkan kesemua menteri terlibat meneruskan tanggungjawab mereka.

“Kami masih berhubung menggunakan teknologi… badan saja ke lain (tetapi) mereka punya hati semua sudah bekerja,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian simbolik bantuan makanan untuk penduduk luar bandar di Miri

Lima menteri negeri yang dikuarantin itu ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom; Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

 

(Visited 196 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button