fbpx
PolitikPRK

Beri saja undi pada Bersatu..

MUNGKIN ramai yang bersetuju jika dikatakan bahawa menunggu keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai atau terkenal dengan jolokan penghujung selatan beua Asia ini adalah yang paling mendebarkan dalam sejarah PRK negara.

Kawasan yang kaya dengan khazanah hutan paya bakau ini, menjadi tumpuan sejak kematian Ahli Parlimennya, Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik, 42, daripada Bersatu akibat komplikasi jantung.

Terletak kira-kira 70 kilometer dari bandar raya Johor Bahru, keajaiban alam semulajadinya  sehingga ia diwartakan sebagai Taman Negara.

Bezanya, kehadiran orang luar ke Tanjung Piai dalam tempoh beberapa minggu ini adalah untuk memenangkan calon pilihan masing-masing.

Ada pendapat mengatakan, kalah atau menang parti-parti yang bertanding akan mencerminkan wajah tanah air tercinta ini pada masa hadapan.

PRK Parlimen Tanjung Piai menyaksikan enam calon bertanding iaitu Pakatan Harapan (PH)  Barisan Nadional (BN), Gerakan, Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) dan dua calon Bebas.

PH yang bertindak mempertahankan kerusi itu atas tiket Bersatu dan diwakili ketua bahagiannya, Karmaine Sardini akan dicabar Ketua MCA Tanjung Piai, yang juga bekas Ahli  Parlimen selama dua penggal di kawasan tersebut, Datuk Seri Wee Jeck Seng.

Gerakan diwakili Tmbalan Setiausaha Agungnya, Wendy Subramaniam manakala Berjasa, Presidennya, Dr. Badrulhisham Abdul Aziz.

Sementara itu, dua calon Bebas pula ialah Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Ab. Ghaffar.

Di atas kertas, masing-masing mempunyai kelebihan – baik calon itu mewakili parti kerajaan mahupun pembangkang termasuk Bebas.

Ini kerana setiap mereka boleh sahaja menjadi penentu kemenangan berdasarkan faktor sokongan dan  pecahan undi mengikut kaum.

Malah, perkembangan politik negara kebelakangan ini menyaksikan suhu sokongan kepada pihak  pembangkang semakin meningkat.

Justeru, masing-masing mempunyai janji dan hasrat untuk dikotakan kepada para pengundi.

Namun dalam jangka pendek, pengundi mungkin boleh mencongaknya begini: Memilih calon kerajaan  walau dalam apa keadaan sekalipun, tetap akan ada projek yang bakal dilaksanakan.

Apatah lagi kebelakangan ini, kerajaan PH  berusaha keras untuk mengotakan janji-janjinya.

Tidak banyak sedikit, tempias pembangunan itu tentunya memberi keuntungan kepada pengundi.

Pun begitu, jika pengundi mahu ‘mengajar’ kerajaan, mereka boleh sahaja mengundi calon lain. Tetapi jika calon itu menang, kehadirannya mungkin hanya sekadar ‘mengisi kekosongan’.

Ini kerana tidak banyak yang boleh dilakukan oleh pihak pembangkang apatah lagi Bebas kecuali sebagai saluran menyampaikan hasrat penduduk dan pengundi kawasan diwakili dalam Parlimen.

Sebaliknya, pengajaran sebenar boleh dilakukan pengundi apabila tiba Pilihan Raya Umum Ke-15.

Atas perkiraan mudah tersebut, maka, beri sahajalah undi kali ini kepada calon Bersatu.

Show More

Related Articles

Back to top button