fbpx
Politik

Wanita UMNO minta senarai 101 projek didedahkan

MAKLUMAT mengenai senarai syarikat yang menerima 101 projek rundingan terus kerajaan bernilai RM6.61 bilion wajar didedahkan untuk kepentingan rakyat.

Pendedahan tersebut dikatakan dapat memaklumkan kepada rakyat mengenai ketelusan dan amanah dalam Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan.

Ini kerana dana disalurkan bagi projek tersebut dikatakan sebagai wang rakyat yang sepatutnya digunakan bagi memenuhi keperluan dan kesejahteraan mereka.

“Rakyat mahu senarai projek didedahkan bagi membuktikan adakah kerajaan PH mengamalkan sikap telus dan keterbukaan.

“Seperti mana yang sering kali diucapkan bekas Menteri Kewangan kerajaan PH lalu, Lim Guan Eng.


BACA > Rundingan terus: PH langgar manifesto tender terbuka – Suara Merdeka

“Ini satu persoalan besar yang perlu dijawab kerana ia membabitkan sejumlah wang rakyat yang besar.

“Kita  juga hendak mengetahui setakat mana status dan kemajuan yang telah dicapai menerusi 101 projek runding terus terbabit.”

Begitu kata Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim dalam satu kenyataanya hari ini.

Beliau meminta senarai rundingan tersebut didedahkan kerana dibimbangi kemungkinan wujud salah guna kuasa, kronisme dan nepotisme.

Semalam dalam Dewan Rakyat, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan sebanyak 101 projek diluluskan secara rundingan terus oleh kerajaan PH dahulu.

Berikutan itu, keadaan dewan menjadi kecoh sehingga menyebabkan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham diarahkan keluar oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Pendedahan itu dibuat Tengku Zafrul ketika berucap dalam penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Covid-19 Langkah Pencegahan.

BACA > ‘Dedahkan siapa dapat nikmat istimewa rundingan terus RM6.61 bilion’ – Suara Merdeka

Dalam pada itu, Norliza turut menggesa pihak berkuasa menyiasat secara terperinci mengenai projek tersebut dan memeriksa adakah ia menepati kriteria tertentu.

“Pendedahan Tengku Zafrul berhubung kerajaan PH meluluskan 101 projek secara rundingan terus hendaklah segera disiasat secara terperinci.

“Rakyat perlu mengetahui senarai projek yang dilaksanakan secara rundingan terus.

“Walaupun perolehan rundingan terus boleh dilaksanakan bagi keadaan tertentu dan menepati beberapa kriteria.

“Saya beranggapan andainya projek itu membawa manfaat kepada rakyat dan ekonomi dalam waktu 22 bulan, itu sudah menjadi tanggungjawab kerajaan pada ketika itu.

“Tetapi, perkara paling dibimbangi adalah kemungkinan ada unsur-unsur salah tadbir urus, penyelewengan kuasa serta kedudukan, kronisme dan nepotisme,” tegasnya.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP itu memaklumkan kos purata bagi setiap projek yang diluluskan hanyalah RM65.3 juta.

Justeru, beliau mendakwa ia jauh lebih rendah berbanding 12 projek rundingan terus bernilai RM139.4 bilion yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN).

BACA > Perolehan projek rundingan terus PH 1.4 peratus – Guan Eng – Suara Merdeka

Malah beliau turut mendakwa nilai keseluruhan perolehan daripada 101 projek berkenaan bernilai RM477.4 bilion atau 1.4 peratus . – SM

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button