Politik

Najib mahu serah jawatan pengerusi BNBBC kepada Kit Siang

AHLI Parlimen Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak mahu menyerahkan jawatan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) yang disandangnya kepada Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau telah memberitahu rakan-rakan dalam Barisan Nasional untuk menyerahkan jawatan itu kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu selepas Kit Siang tidak berpuas hati terhadap pelantikannya sebagai pengerusi BNBBC.

Bagaimanapun rakan-rakan dalam Barisan Nasional tidak membenarkan Najib berbuat demikian kerana veteran DAP itu terlalu banyak menghasilkan ‘drama merepek’.

Justeru Najib meminta maaf kepada Kit Siang kerana tidak diterima sebagai pengerusi BNBBC.

“Ada mesyuarat ahli-ahli Parlimen BN semalam. Saya bisik pada kawan bahawa saya nak serah jawatan pengerusi BNBBC kepada Kit Siang sebab Kit Siang kurang puas hati saya dilantik.

“Kawan kata dia bantah. Sebab Kit Siang banyak buat drama merepek. Dia kata dia tak tahan. So, saya terpaksa terus menjawat. Sorry Kit Siang, I tried,” kata Najib

Lim Kit Siang menggesa parlimen tidak mengiktiraf pelantikan bekas perdana menteri, Najib Razak sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).

Pemimpin veteran DAP menyifatkan perkara itu akan memalukan Parlimen Malaysia.

“Pelantikan Najib ini merupakan satu perkara yang mengejutkan dan memalukan, menjadi bukti integriti dan agenda antirasuah adalah prinsip yang sangat jauh daripada Umno, MCA, dan MIC.

“Apa yang membuatkan pelantikan ini lebih mengejutkan dan memalukan adalah pelantikan ini dibuat tiga bulan selepas pendakwaan dan penjatuhan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta kepada Najib pada 28 Julai yang lalu atas kesalahan rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa berkaitan dengan kes SRC-1MDB yang bernilai RM42 juta,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan sebelum ini.

Kit Siang berpendapat bahawa pelantikan Najib sebagai pengerusi BNBBC dan pengiktirafan pelantikan ini oleh pihak parlimen adalah satu perkara yang jelas bertentangan dengan “membawa keadilan kepada rakyat Malaysia”.

Kit Siang juga memberikan tempoh 72 jam kepada Najib untuk memperjelaskan kenapa dia dilantik sebagai pengerusi BNBBC.-SM

 

 

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button