Nasional

Bergaduh: Polis tahan lima pemain bola sepak

POLIS telah menahan  Lima lelaki termasuk remaja berusia 14 tahun kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan semasa perlawanan bola sepak antara dua pasukan di padang di Bandar Gamuda, Rawang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam membabitkan pasukan Sungai Buaya FC dan Garage FC.

“Berdasarkan laporan, pengadu iaitu remaja lelaki berusia 14 tahun bersama rakan dari pasukan Sungai Buaya FC bermain bola sepak menentang pasukan lawan.

“Semasa perlawanan, berlaku perselisihan faham antara rakan pengadu dengan pemain lawan. Pengadu cuba meleraikan pergaduhan itu namun diserang oleh beberapa pemain lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shafa’aton memberitahu, lima lelaki berusia antara 14 hingga 39 tahun itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai memberikan keterangan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Polis bertindak demikian ekoran tular rakaman video 30 saat yang menunjukkan berlaku kekecohan apabila sekumpulan pemain bergaduh dengan menggunakan topi keledar dan kerusi. – SM

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button