Nasional

Bekalan kit RTK Antigen di Melaka mencukupi

MELAKA 16 Feb. – Bekalan kit ujian pantas (RTK) antigen adalah mencukupi untuk menampung permintaan daripada penduduk di negeri ini berikutan peningkatan kes positif Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Melaka, Norena Jaafar berkata, setakat ini tiada aduan diterima berkaitan kekurangan bekalan atau harga jualan meningkat daripada yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menurutnya, rata-rata peniaga menjual menjual kit ujian itu mengikut harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM19.90.

Beliau berkata, sebanyak 1,148 premis telah diperiksa oleh oleh penguatkuasa KPDNHEP sepanjang tempoh September tahun lalu hingga Januari lepas dan tiada aduan diterima berkaitan kekurangan kit ujian itu ataupun kenaikan mendadak harganya.

“Sejak peningkatan kes positif Covid-19 ia telah menimbulkan kerisauan seluruh rakyat Malaysia dan penduduk di Melaka.


“Secara tidak langsung permintaan terhadap kit ujian itu meningkat secara mendadak sebagai langkah awal mencegah penularan varian Omicron yang semakin merebak dalam kalangan masyarakat ketika ini.

“Hasil pemeriksaan dan pemantauan premis tidak terdapat bekalan kit ujian ini tidak mencukupi malah harga yang dijual pula mematuhi harga siling yang ditetapkan,” ujarnya hari ini.

Mengulas lanjut Norena berkata, ketika ini terdapat 100 jenama kit ujian dijual di seluruh negara di mana harga terendah iaitu RM4.90 dan RM19.90 adalah harga tertinggi yang ditetapkan bagi satu unit RTK antigen Covid-19.

(Visited 70 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button