Nasional

Dua lelaki bawa ganja cuba bayar polis RM2,900 ditahan

DUA lelaki berusia lingkungan 26 dan 32 tahun yang cuba memberi rasuah kepada polis ditahan di Jalan Klang Lama, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang.

“Kedua-dua suspek yang menaiki kenderaan jenis Honda City telah ditahan kerana dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

“Jasil pemeriksaan menemukan dua balutan rokok mengandungi tumbuhan kering disyaki jenis ganja di dalam laci kecil sebelah pemandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Anuar, ketika hendak ditahan, kedua-dua suspek cuba memberi sogokan kepada polis dengan menawarkan wang sebanyak RM400.


Kedua-dua suspek juga cuba menaikkan jumlah wang sogokan tersebut kepada RM2,900 namun tidak dihiraukan oleh polis.

“Kedua dua suspek direman selama tiga hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Bagi kesalahan memberi rasuah pula, kes akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes jenayah boleh menghubungi Hotline IPD Brickfields di talian 03-22979222 atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan. -SM

(Visited 107 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button