NegeriRencah Hidup

Pemangku Raja Perlis, Raja Puan Muda rasmi gedung Decathlon Ke-14

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan gedung peralatan sukan jenama Decathlon cawangan Ke-14 di Malaysia di Tingkat 2, Kompleks Membeli Belah Gurney Paragon Mall, Persiaran Gurney, Pulau Pinang, semalam.

Keberangkatan Baginda berdua ke cawangan pertama di utara Malaysia itu disambut oleh pihak pengurusan Decathlon iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia, Arnaud Sauret; Ketua Retail, Karim Cheboub; Pengurus Daerah Pulau Pinang, Shaffa Mustafa; dan Ketua Pengembangan Syarikat, Atul Gupta.

Tuanku Syed Faizuddin Putra, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen serta anakanda-anakanda Baginda berdua bergambar bersama pihak pengurusan dan kakitangan Decathlon cawangan di Tingkat 2, Kompleks Membeli Belah Gurney Paragon Mall, Persiaran Gurney, Pulau Pinang.

Berangkat sama ialah anakanda-anakanda Baginda berdua, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir, Duta Besar Perancis ke Malaysia, Axel Cruau; Pengasas Kumpulan Hunza Properties Berhad, Datuk Seri Khor Teng Tong; Pengerusi Bersama Value Partners Group, Datuk Seri Cheah Cheng Hye dan AMMK Belia dan Sukan Pulau Pinang, Soon Lip Chee.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen melihat peralatan perkhemahan di Decathlon di Tingkat 2, Kompleks Membeli Belah Gurney Paragon Mall, Persiaran Gurney, Pulau Pinang.

Sejurus berangkat tiba Pemangku Raja dan Raja Puan Muda dipersembahmaklum taklimat pengenalan dan sejarah syarikat disampaikan oleh Shaffa sebelum mengadakan sesi ‘Walkthrough’ ke reruai pameran di enam jabatan.

Kemuncak majlis ialah sesi pemotongan riben oleh Baginda berdua yang diiringi dif-dif kehormat.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen melawat gedung peralatan sukan jenama Decathlon di Tingkat 2, Kompleks Membeli Belah Gurney Paragon Mall, Persiaran Gurney, Pulau Pinang.

Untuk rekod, Decathlon merupakan salah sebuah jenama peralatan sukan yang terbesar di dunia dari Perancis dan terkenal dalam penyediaan pelbagai produk yang berbeza daripada syarikat-syarikat lain.

Decathlon mula beroperasi di Malaysia sejak tahun 2017. – SM

BACA Sukan tidak bersentuhan akan dibawa ke MKN

BACA Terkejut jumpa kalimah Allah pada ‘ground mat’ Decathlon selepas sebulan beli

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button