fbpx
Nasional

Baru berusia 15 dan 14 tahun dah pandai terajang anak orang

PAGI tadi tular di laman sosial sebuah video yang memaparkan seorang remaja yang telah diterajang dan dipukul oleh dua remaja lelaki.

Video tersebut dirakam oleh seorang individu sebelum tular di laman sosial dan mengundang kecaman netizen.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil kira-kira pukul 11.50 pagi semalam.

“Laporan telah dibuat oleh mangsa yang berusia 15 tahun.

“Kes berlaku pada 5 Oktober lalu kira-kira pukul 5 petang di sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Mohamed Mokhsein, mangsa mendakwa kejadian melibatkan dua remaja berusia 15 dan 14 tahun yang dikenalinya.

Jelasnya, berlaku salah faham antara dua suspek bersama dengan mangsa yang mengakibatkan mangsa dipukul dengan menggunakan tangan dan kaki.

“Pergaduhan itu bagaimanapun telah dileraikan oleh seorang wanita yang kebetulan lalu di situ,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button