Hiburan

Baby Shark jadi video pertama dunia lepasi 10 bilion tontonan di YouTube

LAGU kanak-kanak yang menjadi fenomenal dunia, ‘Baby Shark’ telah menjadi video pertama di dunia yang melepasi 10 bilion tontonan di YouTube sejak dikeluarkan pada Jun tahun 2016.

Video itu yang dicipta oleh syarikat pendidikan Korea Selatan, The Pinkfong Company, telah mengatasi Despacito oleh Luis Fonsi dan Daddy Yankee pada November tahun lalu dan kini dengan 2.3 bilion tontonan di hadapan tempat kedua.

Dalam bulan yang sama, Baby Shark turut diperakui sebanyak 11 kali platinum oleh Persatuan Indusri Rakaman Amerika (RIAA) selain daripada menjadi video paling banyak ditonton di YouTube selama 15 bulan berturut-turut.

Video Baby Shark itu menggambarkan dua kanak-kanak yang menarikan ‘tarian Baby Shark’ manakala jerung animasi dan keluarganya cuba memburu kanak-kanak itu tetapi gagal.


 

Selain mendapat sambutan di kalangan kanak-kanak dan orang ramai, lagu Baby Shark turut dinyanyikan oleh selebriti terkenal seperti Celine Dion, John Legend, Sophie Turner dan Josh Groban.

Lagu kanak-kanak yang dipersembahkan oleh penyanyi Korea-Amerika, Hope Segoine, yang telah mencapai kejayaan global sejak penampilan sulungnya telah berjaya berkembang sehingga mempunyai rancangan TV Nickelodeon sendiri, bijirin, permainan interaktif, NFT, dan juga program pelesenan barangan global.

Disebabkan oleh popularitinya, Baby Shark malah mendapat filem sendiri yang dikeluarkan di Netflix pada 2019 yang bertjuk Pinkfong and Baby Shark’s Space Adventures dan telah disahkan bahawa sekuel sedang dilakukan.

Ketua pegawai Syarikat Pinkfong, Min Seok Kim, menyatakan kegembiraan syarikat itu apabila berjaya melepasi satu lagi kejayaan.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Baby Shark kesayangan kami telah mencatatkan satu pencapaian yang luar biasa.

“Ia merupakan perjalanan yang benar-benar bermakna untuk menyaksikan bagaimana Baby Shark telah menghubungkan orang ramai di seluruh dunia dan kami tidak sabar untuk memperkenalkan pengembaraan Baby Shark selanjutnya yang akan membawa pengalaman yang tiada tandingan kepada lebih ramai peminat,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Dalam pada itu, syarikat pendidikan tersebut pada 10 Januari lalu telah mencatatkan satu lagi rekod selepas saluran YouTube Sepanyol mereka, Pinkfong Spanish, menerima Diamond Creator Award kerana telah mencecah 10 juta pengikut.

Ini menandakan anugerah ketiga Pinkfong daripada YouTube selepas menerimanya untuk saluran YouTube Inggeris dan Korea.

Dengan 90 juta pelanggan dan 50 bilion tontonan di seluruh dunia, saluran YouTube Pinkfong telah menjadi salah satu saluran paling berpengaruh untuk kanak-kanak di internet, menawarkan lebih daripada 5,000 lagu dan cerita dalam 20 bahasa. – SM

(Visited 102 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button