fbpx
Rencah Hidup

Ayah ini menangis bila sangkakan anak-anak lupa hari jadinya

DALAM setahun, pasti ada satu tarikh yang menjadi hari bermakna bagi seseorang.

Begitu jugalah dengan video yang tular di Twitter berkenaan dengan seorang lelaki yang menangis selepas anak-anaknya membuat gurauan dengan melupakan hari jadinya.

Di dalam video tersebut, lelaki yang digelar Ayah itu sedang memotong kek hari jadinya sambil membuat ucapan yang mengundang air mata netizen.

“Sebenarnya ayah pun tunggu-tunggu juga. Kenapalah tiada yang ucap apa-apa.

“Seorang pun tak ingat hari jadi ayah. Ayah dah nak menangis dah,” katanya sebelum mengalirkan air mata di hadapan kek yang dibelikan oleh anak-anaknya.


Menerusi video tersebut, anak-anaknya memberitahu yang mereka tidak pernah lupa akan hari lahir bapa mereka sebaliknya sengaja membuat gurauan.

Video tersebut dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter, Theamirisa yang juga merupakan anak kepada lelaki di dalam video tersebut.

Ternyata video tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang berkongsikan kenangan mereka bersama bapa sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. -SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button