Nasional

Awas.. Scammer Datang Lagi! Kali Ini Guna Nama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang?

Sekali imbas Google Form ini, baik dari segi namanya iaitu Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang atau nombor telefonnya, langsung tiada yang mencurigakan.

Namun berdasarkan perkongsian seorang pengguna media sosial, Siti Syahida, link yang disebarkan itu berunsur scam kerana mesej yang dihantar sepatutnya tidak mewajibkan suspek mengisi butiran diri seperti nombor kad pengenalan dan sebagainya.

Ketika Suara Merdeka cuba membuka laman terbabit, susun atur dan soalan yang disediakan sememangnya berkait dengan soalan-soalan untuk kontak rapat.

Namun di sebalik itu, memang wujud soalan-soalan yang meminta data serta butiran diri peribadi dan sebagainya.


Bagi mengelakkan kekeliruan awam dan kebimbangan masyarakat, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang perlu tampil dengan kenyataan rasmi sama ada benar link ini datang daripada pihak mereka atau sebaliknya.

(Visited 169 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button