Nasional

Kerajaan luluskan permohonan Sarawak hadkan jarak perjalanan

Kerajaan Pusat telah meluluskan permohonan Kerajaan Negeri untuk menghadkan pergerakan perjalanan antara zon di Sarawak dari 1 Ogos sehingga 14 Ogos 2020.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan Negeri Sarawak telah mengambil langkah yang tegas dan proaktif untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di Sarawak, khususnya di bandaraya Kuching.

Menurutnya, jumlah penerbangan dari Semenanjung, Sabah dan Labuan ke  Sarawak juga akan dikurangkan mulai 1 sehingga 14 Ogos

Zon 1 iaitu Zon Kuning daqn Mereh melibatkan Bahagian Kuching, Serian dan Samarahan. Manakala Zon 2 iaitu zon hijau melibatkan Bahagian Seri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Mana-mana individu yang ingin bergerak antara zon hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak PDRM, manakala pergerakan dalam zon adalah dibenarkan,” kata Ismail Sabri.

Pada 25 Julai lalu Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Sarawak mungkin mengenakan sekatan perjalanan terhadap pelancong atau masyarakat luar yang ingin memasuki negeri itu jika situasi penularan tempatan Covid-19 terus meningkat.

Menurutnya, walaupun ia akan menjejaskan industri pelancongan, langkah itu perlu memandangkan ia satu-satunya kaedah untuk memutuskan rantaian penularan pandemik itu.-SM

 

(Visited 78 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button