Nasionalpilihan

Penjawat awam di Melaka terima Bantuan Khas Penghargaan RM300

Seramai 7,190 penjawat awam di negeri ini bakal menerima bayaran khas sebanyak RM300 yang akan dibayar sebelum 10 Ogos ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM2.16 juta menerusi Bantuan Khas Penghargaan.

Menurutnya, bantuan itu akan diterima penjawat awam di bawah perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.

“Keputusan itu dibuat selaras dengan keputusan Kerajaan Pusat maka
kerajaan negeri juga bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Penghargaan kepadaseluruh kakitangan awam di negeri ini.

“Ini membuktikan kerajaan negeri sentiasa menghargai kakitangan awam yang masih berkhidmat ataupun sudah bersara,” ujarnya selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri bagi Julai 2023 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM200 kepada pesara kerajaan.

Sementara itu, Ab. Rauf meminta penjawat awam di negeri ini sentiasa meningkatkan momentum dan pencapaian diri serta jabatan.

Katanya, itu memastikan segala Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sentiasa dicapai dan pencapaian itu perlu jauh lebih tinggi berbanding dengan apa yang telah ditetapkan. – SM

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button