fbpx
JenayahNasional

ATM tahan lima PATI cuba keluar ikut laluan tikus

ANGKATANTentera Malaysia (ATM) menahan lima lelaki warga Indonesia yang didapati cuba menyusup keluar dari negara ini menerusi laluan tidak sah di Kampung Gambut Punggai, Kota Tinggi awal pagi tadi.

Dalam kenyataannya di sini, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia berkata tangkapan kesemua lelaki berusia 23 hingga 40 tahun terbabit dilakukan oleh pasukan Rejimen Ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) pada 4 pagi selepas menerima maklumat mengenai kehadiran sebuah bot menghampiri kampung berkenaan.

Hasil maklumat daripada sistem pengawasan radar kenderaan perisai Gempita oleh Rejimen Kedua Kor Armor Diraja itu, sepasukan anggota 61 RAD digerakkan membuat rondaan keselamatan di sekitar kampung berkenaan sebelum terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan, kira-kira  50 meter dari pantai.

“Hasil pemeriksaan kemudian menemukan lima pendatang tanpa izin (PTI) bersembunyi di dalam semak, dipercayai sedang menunggu untuk menaiki bot terbabit,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kesemua PTI yang ditangkap kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Show More

Related Articles

Back to top button