Luar Negara

Akhirnya Donald Trump pakai pelitup muka

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akhirnya memakai pelitup muka buat pertama kali sejak pandemik Covid-19 melanda dunia.

Pemakaian pelitup muka oleh Trump menjadi kecoh kerana dia sebelum ini begitu tegas mengatakan bahawa tiada keperluan untuk memakainya.

Trump dilihat memakai pelitup muka ketika tiba di Walter Reed National Military Medical Centre di Bethesda, Maryland, Amerika Syarikat pada semalam.

Menurut portal Mirror, ketika melawat anggota tentera yang cedera di hospital berkenaan, Trump memberitahu yang dia tidak pernah menentang pemakaian pelitup muka.

“Saya rasa tidak ada keperluan untuk saya memakainya memandangkan saya sering bertemu Presiden, Perdana Menteri, Raja, Permaisuri dan lain-lain individu penting.

BACA> Magic Kingdom, Animal Kingdom Disney World dibuka semula hari ini

“Saya akan memakai pelitup muka terutamanya bila berada di hospital memandangkan di sini ramai yang cedera dan baru selesai menjalani pembedahan.

“Sebab itu saya merasakan perlu untuk memakai pelitup muka apatah lagi saya tidak menentang idea untuk memakainya, sebaliknya saya percaya ia perlu dipakai mengikut masa dan kawasan tertentu,” katanya.

Sebelum ini, Trump sudah beberapa kali dinasihat oleh pegawai perubatannya untuk memakai pelitup mua tetapi dia tetap berkeras dan berkata yang virus tersebut tidak akan berpanjangan.

Trump juga sebelum ini pernah memperlekeh seterunya untuk pemilihan Presiden Amerika Syarikat, iaitu Joe Biden yang memakai pelitup muka.

BACA> Wanita diragut dua kali selang beberapa saat

Malah, White House juga sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang Trump tidak perlu memakai pelitup muka memandangkan dia dan pegawainya sering menjalani ujian pengesanan Covid-19.

Pada May lalu juga, sewaktu lawatannya ke kilang Ford di Michigan juga enggan memakai pelitup muka kerana tidak mahu dikritik oleh media. -SM

(Visited 240 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button