Hiburan

Apak Harry Khalifah pengsan

HARI kedua penggambaran filem berjudul Khaenak-Serangan Pocong yang berlatarbelakang sebuah kampung di pinggir bandar, pelbagai kejadian aneh berlaku.

Walaupun penggambaran dapat diselesaikan dengan kerjasama penduduk dan Tok Penghulu namun kejadian seram yang berlaku ketika penggambaran merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Menurut Pengarah Khaenak-Serangan Pocong, Emma Kasmuri, kejadian aneh berlaku pada hari kedua penggambaran yang membabitkan adegan membuka ikatan tali pocong.

Adengan itu dilakukan pada pukul 12 tengah malam dan pelakon yang membawa peranan tersebut pengsan secara tiba-tiba, cerita Emma.

“Ketika itu saya berada di lokasi kejadian dan melihat sendiri dengan mata kepala saya apa yang berlaku. Pelakon berkenaan yang memainkan watak sebagai pocong pengsan sehingga mukanya tersembam ke tanah,” kata Emma.


Katanya lagi, sebelum kejadian aneh itu terjadi, pelakon utama, Apak Harry Khalifah, ada mengalami keganjilan. Ia berlaku ketika babak menunggu pocong atas motor.

“Apak terasa seolah-olah ada sesuatu yang menarik kakinya. Apabila penggambaran selesai, barulah dia menceritakan tentang apa yang dirasai dan apa yang telah berlaku,” jelas Emma.

Kejadian-kejadian seumpama itu tidak pernah dilalui sewaktu penggambaran dua filem terdahulu dan tegas Emma, kejadian ini adalah kali pertama berlaku.

Untuk makluman, selain Apak Harry Khalifah, turut berlakon dalam filem Khaenak: Serangan Pocong ialah Diana Ezety, Along PM dan Hushairi Husain.

Filem Khaenak 1 berjaya menarik tontonan 1.3 juta manakala Khaenak 2 pula, 1.1 juta tontonan di platform YouTube KCTV Production.

Filem Khaenak: Serangan Pocong bakal ditayangkan di Astro First saluran 480 bermula 11 November ini. – SM

(Visited 45 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button