MahkamahPolitik

Zahid Hamidi dilepaskan tanpa dibebaskan: Suhu, darah rakyat terkawal?

Orang biasa sahaja yang bersalah, orang politik maksum dan suci

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berhadapan dengan 47 pertuduhan menarik perhatian banyak pihak terutamanya pemimpin-pemimpin politik di Malaysia termasuk Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali.

AHMAD ZAHID

Beliau menulis berkaitan dengan kes Ahmad Zahid dan disiarkan sepenuhnya seperti berikut:

1.Pada 5hb Sept 2023 adalah Hari Bersejarah bagi Malaysia kerana Pendakwaraya memohon Kes Rasuah Dato Zaid Hamidi dibebaskan tanpa dilepaskan kerana takut rakyat terkejut gila.Bila disebut belum lepas maka suhu darah rakyat diharap terkawal.Apa pun ianya semacam seperti sudah dibebaslah.

2.Perbicaraan yg mengambil masa begitu lama dan sudah terbukti ada prima facie menjadi sia sia dan menghabiskan wang negara kerana urusan siasatan dan pembicaraan.Kes di bebas tanpa di lepas atas alasan ada sebabnya konon nya tanpa di dedah pada umum.Pepatah melayu ada menyebut mahu seribu daya,tak.mahu seribu daleh Malah Hakim Datuk Collins Lawrence Sequerah yg mendengar kes ini pun menyatakan kalau kes macam ini di gugur maka ia buang masa depan dan menghabiskan wang rakyat.

3.Ada di kalangan pemimpin umno yg berkelulusan tinggi,belajar ugama juga bersifat hipokrit bila menyatakan kes tuduhan rasuah terhadap Dato Zahid Hamidi adalah konspirasi politik Sebab itu Zahid wajar di bebaskan.Lembut nya lidah mereka bercakap.Mereka menghina minda rakyat.Kes Anwar dulu pun di katakan konspirasi politik.Akhir nya mahkamah jatuh hukum bersalah.

4.Nampak nya di Malaysia rule of law hanya utk rakyat biasa.

Orang politik di Msia, tak kira parti, jika kena tuduh semua mengatakan pendakwaan politik

Cis.Memalukan dan di mana letaknya Keluhuran Undang-Undang dan Perlembagaan negara.Seolah-olah orang politik di Malaysia ada kekebalan.

5.Bila seseorang didakwa tengok kepada fakta kes.Kalau dah didapati ada prima facie maka pendakwaannya betul dan sahih.Nak guna alasan konspirasi politik, gunalah sebab di dunia boleh berdalih.

Di padang Arafah kelak, semua anggota badan sendiri yg menjadi saksi.Bila datang giliran orang politik Malaysia, alasan konspirasi digunakan dan semua para malaikat akan mengeluh dan menggeleng kepala.Luar biasa umatku dari Malaysia.Orang biasa sahaja yang bersalah dan orang politik maksum dan suci.

6.Apabila kes Zahid di gugur tanpa bebas, maka selamat lah kedudukan jawatan PMX selamat sehingga habis penggal PRU15,iaitu 2027.Begitu juga kedudukan Zahid sebagai Presiden UMNO dan TPM juga selamat.Begitulah political game bagi mereka yg berkuasa.

Rakyat yg kena kencing.Memekik lah reformasi, tatakelola, memerangi rasuah dengan muka merah padam dan berkedut,tapi kini rakyat sudah lebih dari tahu bahawa ianya sandiwara politik yg hipokrit dan munafik.

Elok ditambah baik slogan Kerajaan Madani Hipokrit lebih sesuai.Inilah negaraku Malaysia.Harum semerbak di seluruh dunia.

7.Saya juga ingin mendengar apa komen daripada Tan Sri Lim Kit Siang (LKS) dan Parti DAP mengenai kes Zahid digugur tanpa bebas ini. Apakah LKS dan DAP turut teruja? – SM

BACA Selepas 5 tahun: Zahid Hamidi dilepaskan tanpa dibebaskan

BACA DAP minta Peguam Negara beri penjelasan Zahid dilepaskan-Anthony Loke

 

(Visited 237 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button