fbpx
Nasional

Peralihan kuasa: Anwar kata pendiriannya dan Dr. Mahathir tak berubah

PERDANA Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima kunjungan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Pertemuan itu berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

“Hari ini saya mengadakan pertemuan selama 30 minit bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya,” kata Anwar dalam hantaran di twitternya.

Anwar berkata, dalan pertemuan tersebut beliau telah memohon persetujuan Perdana Menteri untuk mengeluarkan kenyataan berhubung beberapa isu.

Pertamanya, katanya adala pendirian Dr Mahathir dan beliau berhubung isu peralihan kuasa sama sekali tidak pernah berubah seperti yang dipersetujui oleh Pakatan Harapan (PH) dan dijanjikan berulang kali oleh Perdana Menteri


“Saya memaklumkan isu peralihan kuasa ini perlu dilakukan secara aman dan teratur dalam tempoh yang munasabah serta mendapat persefahaman bersama.

“Kami bersetuju untuk menumpukan perhatian pada pertumbuhan ekonomi dan penyediaan ke arah penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

“Kami juga tidak bersetuju sekiranya ada usaha lain yang menyimpang dari persetujuan tersebut atau menggunakan nama saya dan Perdana Menteri dalam mana-mana muslihat lain,” katanya.

Perdana Menteri juga kata Anwar, turut mengambil perhatian mengenai dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek. SM

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button