Nasional

Raja Perlis terima mengadap KP Pertanian

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap oleh Ketua Pengarah Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia, Datuk Mohd Nasir Warris di Galeri DiRaja Arau, Perlis.

Majlis tersebut turut dihadiri sama oleh Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan Industri dan Pengembangan) Eliyas Saad, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perlis, Hafizuddin Othman serta Timbalan Pengarah (Bahagian Biosekuriti Tumbuhan) Arizal Arshad.

Majlis mengadap tersebut memberi peluang kepada Ketua Pengarah Pertanian dan rombongan mempersembah maklumkan kepada baginda pelbagai inisiatif berkaitan perancangan dan pembangunan yang melibatkan bidang pertanian serta cabaran dalam mendepani situasi terkini dunia iaitu penularan wabak COVID-19 dan juga kesan terhadap pembangunan sektor pertanian negeri dan juga negara.

Tuanku Raja berharap agar bidang pertanian negara akan terus berkembang maju, melahirkan industri pertanian yang berdaya saing, menghasilkan produk-produk pertanian berkualiti, selamat dan mesra alam serta membantu dalam memenuhi keperluan makanan negara.

Pada kesempatan yang sama pihak Jabatan Pertanian akan membantu pengusaha-pengusaha Mangga Harumanis Perlis dari segi peningkatan kualiti dan hasil serta pemasalahan pemasaran terutama semasa bulan Ramadan. Ia juga akan membantu mengiatkan lagi dan melihat potensi pertanian di negeri Perlis selain Mangga Harumanis Perlis termasuklah jenis kelapa hybrid.

Jabatan Pertanian Malaysia juga melalui pejabat negerinya berhasrat untuk turut serta menjayakan pembangunan infrastruktur ‘Program Transformasi Kg. Seberang Ramai Kuala Perlis’ yang sungguh menarik diilhamkan oleh Tuanku Raja Muda Perlis. Antara inisiatif yang sedang dipertimbangkan adalah laman dan landskap yang mampu memanfaatkan masyarakat setempat secara langsung mahupun tidak langsung.

(Visited 323 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button