Berita

Raja Muda Perlis ingatkan rakyat berhati-hati jerat siber

30 Mac 2021.
Arau.

Masyarakat dinasihatkan supaya sentiasa berhati-berhati dengan jenayah ‘Scam’ dan juga ‘Phishing’ yang berlaku dengan lebih kerap sejak beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia.

Modus operandi ‘African Scam’ seringkali bermula daripada berkenalan dengan mangsa melalui internet sebelum memperdaya mangsa tersebut. Mangsa penipuan ini membuat pindahan wang ke ‘keldai akaun’. Keldai akaun ini akan ke kaunter di bank bagi mengeluarkan wang tadi dan diserahkan kepada sindiket Afrika. Seterusnya sindiket Afrika akan memindahkan wang tersebut ke akaun bank di luar negara.

Sementara itu, jenayah ‘Phishing’ pula selalunya berlaku apabila mangsa akan menerima email meminta mereka untuk segera mengemaskini akaun bank mereka di laman web palsu. Mangsa percaya dan kemudiannya memasukkan ‘username’ dan juga ‘password’ perbankan internet mereka. Saspek akan segera log masuk ke perbankan internet mangsa dan pindahkan wang ke akaun bank yang lain iaitu ‘keldai akaun’.

Demikian dikongsikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut siaran media oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menyempurnakan aktiviti ‘MAIPs Peduli Bilangan Ke 17 Bagi Tahun 2021’ yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Al-Barakah Jelempok dekat Arau.

Program yang disekalikan dengan sebahagian daripada ‘Sambutan Memperingati Hari Polis Yang Ke 214’ pada 25 Mac baru-baru ini peringkat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang mempunyai pelbagai kolaborasi dengan pihak PDRM yang pada kali ini turut disertai sama oleh Yayasan Muallaf Malaysia dan juga Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan bagi menyampaikan bantuan.

Selain singgah meninjau pondok sekatan jalanraya di sempadan negeri Perlis-Kedah di Jelempok, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut berkenan menyerahkan agihan sumbangan kepada 25 asnaf terpilih dari kalangan anak kariah masjid berkenaan dan juga singgah menyantuni tiga buah rumah asnaf sepanjang program tersebut.

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button