Kemalangan

16 cedera bas ekspres langgar belakang treler

Seramai 16 penumpang sebuah bas ekspres cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler di Kilometer 179.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Jasin, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu berlaku dipercayai bas ekpres yang membawa 27 termasuk warga Singapura dipercayai melanggar belakang sebuah treler yang membawa barangan kitar semula.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Azman Md Dawam berkata, sejurus menerima panggilan, seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan
Penyelamat (BBP) Jasin Bestari dan BBP Tangkak digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pada pukul 4.10 pagi didapati kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres telah melanggar bahagian belakang lori treler membawa muatan barang kitar semula.

“Terdapat 27 penumpang di dalam bas berkenaan dan 16 daripadanya mengalami kecederaan termasuk warga Singapura manakala 11 lagi tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Mispani Hamdan berkata kesemua penumpang terlibat adalah warga Singapura dan bas tersebut dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata bas ekspres dipandu lelaki berusia 42 tahun itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar belakang treler berkenaan di lorong paling kiri.

Sehubungan itu katanya, kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

(Visited 108 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button