Haiwan

Anjing kudung empat kaki, hampir dimatikan dapat kaki titanium

SEEKOR anjing yang ditemui tanpa keempat-empat kaki dan hampir dimatikan, panjang umur selepas mendapat kaki palsu titanium.

Anjing tersebut yang bernama Monika ditemui kehilangan semua kakinya pada Disember tahun lalu oleh pekerja di kampung Plastunovskaya, Rusia.

Sukarelawan yang menyelamatkan anjing tersebut mengesyaki haiwan itu kehilangan kaki akibat didera dan dizalimi, lapor CNN.

Pada mulanya anjing yang dijaga oleh sukarelawan Marina Gapich dan Alla Leonkina, yang berpangkalan di Krasnodar perlu menjalani rawatan di mana anggota badannya yang rosak dipotong dan menerima pemindahan darah.

Gapich berkata dia dan Leonkina menempuhi “malam tanpa tidur” memikirkan mengenai Monika dan tidak bersetuju dengan nasihat veterinar untuk mematikan haiwan berkenaan.

Kedua-dua wanita itu kemudian menghubungi doktor haiwan Sergei Gorshkov, yang memasang anggota palsu pada haiwan tersebut setelah dia berjaya mengumpulkan 400,000 rubel Rusia (lebih RM22,647) untuk pembedahan itu.

Prostetik Monika dicetak oleh pencetak 3D di bandar Troitstk, tidak jauh dari Moscow dan kemudian dibiokot di Tomsk Polytechnic University sebelum Gorshkov menjalankan prosedur itu.

Selepas dua minggu pembedahannya, Monika dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan kaki baharunya.

Gorshkov berkata Monica akan menjalani kehidupan normal tidak lama lagi walaupun dia “terkejut” dengan kelajuan pemulihannya.

“Saya tidak fikir kami optimis tentang itu.

“Tetapi pada hari ketiga haiwan itu mula berdiri dan berjalan di sekitar klinik, pergi dari bilik ke bilik,” katanya.

Monika masih dalam proses permulihan di mana Gapich dan Leonkina telah berhubung dengan seorang pakar tingkah laku haiwan yang berpangkalan di London untuk merujuk mengenai kes Monika.-SM

(Visited 261 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button