Hiburanpilihan

Anjang Aki meninggal dunia akibat sesak nafas

PELAKON veteran yang dikenali dengan watak Anjang Aki iaitu Datuk Baharuddin Omar telah disahkan meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Berita sedih itu dimakluman oleh isterinya, Datin Nazariah Abu Bakar yang turut menafikan pemergian suaminya disebabkan Covid-19.

“Allahyarham mempunyai penyakit pembuluh darah bengkak dan dia sebelum itu telah mengalami sesak nafas.

“Dia ketika itu baru sahaja selesai makan dan sedang menuju ke bilik untuk berehat,” katanya.

Menurut Nazariah, selepas mengalami sesak nafas, arwah langsung tidak sedarkan diri dan meninggal dunia di sisi saya dan dua anak yang lain.

Difahamkan jenazahnya Allahyarham akan dikebumikan di Sungai Tua, Batu Caves, Selangor.

Allahyarham dikenali ramai menerusi sebuah drama RTM berjudul Anjang Aki, di mana beliau membawakan watak sebagai Anjang Aki dan nama tersebut terus sinonim dengan beliau. -SM

(Visited 368 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button