HiburanRencah Hidup

Darkkey & The Keys pujaan masyarakat India Malaysia

SEJAK semalam lagi, kawan-kawan dalam media sosial dan aplikasi Whatsapp berkongsikan figura, Darkkey Nagaraja sempena sambutan Deepavali.

Siapa sebenarnya Darkkey Nagaraja? Saya tidak kenal, tetapi beliau pernah viral selepas buat persembahan ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim.

Jadi, terdetiklah hari ini hendak cari siapa sebenarnya Darkkey.

Rupanya sudah banyak lagu dan album diterbitkan oleh Darkkey iaitu penyanyi yang menjadi pujaan ramai peminat terutama dalam kalangan masyarakat India.

Beliau sebenarnya bersama dengan kumpulan The Keys menjadi penghibur masyarakat India dengan membawa lagu bergenre samba rock.

Darkkey, dalam satu portal ada menceritakan kisah bagaimana beliau menceburi industri hiburan.

Ada tiga orang yang memberi inspirasi kepadanya untuk menjadi seorang ahli muzik iaitu kedua orang tua yang banyak membentuk minatnya terhadap muzik.

Ibu bapa dan Michael Jackson sumber inspirasi

Ibunya seorang pemuzik sangeetham sementara ayahnya juga mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang muzik.

Orang ketiga menjasi sumber inspirasinya untuk menjadi pemuzik adalah Michael Jackson yang menjadi idola sejak mengenalinya pada usia 18 tahun.

Langkah awal Darkkey yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu sebagai pemuzik bermula dengan bermain alat muzik keagamaan di kuil seperti raagam, taalam dan sebagainya.

Beliau kemudian merantau ke ibu kota, tinggal di Gombak, Selangor dan bermain alat muzik di kuil di Batu Caves.

Ketika bermain alat muzik itu, Darkkey melihat orang yang mendengarnya menari mengikut rentak alunan alat muziknya.

Dari situlah bermula minat beliau untuk menceburkan diri dalam dunia hiburan secara serius dengan menerbitkan beberapa album dan video klip.

Album pertama

Album pertamanya adalah ‘Akkamage’ yang diterbitkan ketika beliau berusia 26 tahun selepas menubuhkan kumpulan The Keys bersama rakan-rakannya.

Album sulungnya itu unik, kerana ia diterbitkan untuk menampung kos rawatan isterinya yang terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Bakat dan kemahiran muzik yang dimiliki bersama rakannya dalam kumpulan The Keys, digunakan untuk mencari dana bagi merawat isterinya.

Album tersebut mengambil masa dua tahun untuk diterbitkan, namun hasilnya sangat berbaloi apabila lebih 2,000 kaset lagunya terjual.

Ekoran kejayaan itu juga, beliau dan The Keys, menerbitkan beberapa album lain sehingga hari ini seperti Margarita, Maravana, Karatana dan banyak lagi.

– Gambar ASTRO

Beliau kemudian banyak membuat kemunculan dalam kaca televisyen menerusi saluran Astro Ulagam dan pernah berlakon dalam filem Ithu Namma Paattu La yang disiarkan di Astro Vaanavil.

Selain itu, beliau turut membuat persembahan di hadapan khalayak termasuk menerma jemputan untuk menghiburkan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim ketika PRK kawasan itu pada Ogos lalu.

Terbaharu, beliau yang juga seorang komposer menerbitkan sebuah lagu dan video klipnya sekali sempena sambutan Deepavali yang berjudul ‘Saree Va’.

Selamat Hari Deepavali kepada masyarakat India di Malaysia ikhlas daripada Suara Merdeka. – SM

(Visited 2,656 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button