Nasional

Amaran cuaca buruk di pantai barat Sabah sehingga Selasa

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk, dengan hujan lebat dijangka berterusan berlaku di kawasan pantai barat Sabah sehingga esok (19 Jan).

MetMalaysia dalam kenyataan turut menyatakan amaran cuaca waspada, dengan hujan lebat juga dijangka berlaku di Labuan serta beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga hari ini.

Kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah ialah Sandakan (Kinabatangan).

“Selain itu, hujan lebat dijangka di negeri Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga esok (19 Jan),” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

(Visited 67 times, 1 visits today)


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button