Nasionalpilihan

Empat kes Covid-19 dikesan di pintu masuk ke Langkawi

SEBANYAK empat kes positif Covid-19 dikesan selepas 3,454 pelancong disaring di pintu masuk udara dan laut ke Langkawi hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi laman akaun Facebook miliknya semalam.

“Satu kes dikesan di pintu masuk antarabangsa (PMA) Lapangan Terbang Pulau Pinang dan PMA Subang manakala dua kes di PMA Terminal Feri Kuala Perlis (dua).

“Empat kes positif COVID-19 dikesan di empat PMA untuk ke Pulau Langkawi, hari ini,” katanya.

Untuk rekod, sebanyak lima kes positif COVID-19 telah dikesan melalui saringan ujian RTK-Ag terhadap 2,528 yang mahu ke Pulau Langkawi, di empat pintu masuk lapangan terbang dan terminal feri Kuala Perlis.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam juga seramai 2,546 disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi.

Ia membabitkan sejumlah 1,250 individu yang disaring di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 individu lagi melalui jeti feri di Kuala Perlis. -SM

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button